Program Kesedaran Kesihatan, Pencegahan Jenayah dan Dadah
13 Disember 2019 | Aktiviti Terkini12 Disember 2019, Program Kesedaran Kesihatan, Pencegahan Jenayah dan Dadah – Satu program yang dianjurkan oleh Persatuan Pewaris sebuah Badan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang menfokuskan kepada penduduk Kesedar Chalil terhadap kesihatan, jenayah dan dadah. Sebanyak tiga agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, iaitu, Agensi Kesihatan, Pegawai Polis dan Pasukan Pencegahan Jenayah, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dari Gua Musang.
Gotong-royong bersama penduduk Chalil dan pembahagian sumbangan kepada OKU dan golongan berpenyakit kronik merupakan antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut. Beberapa booth dibuka untuk pendaftaran menyertai “SKUAD” anti dadah dan pameran kepada pengunjung yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: